Sunday, November 28, 2010

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Untuk Murid Cerdas

Aktiviti Pengajaran Untuk Murid Cerdas

i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai

   Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
      a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak piawai

  Bahan Bantu Mengajar:

  1. Cawan kertas
  2. Tempurung kelapa
  3. Botol air mineral
  4. Baldi kecil
  5. Air

  Langkah-Langkah Aktiviti:

  • Guru menerangkan kepada murid-murid untuk menggunakan ukuran tidak piawai dalam menentukan isipadu cecair.
  • Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan dan diagihkan kepada tiga stesen iaitu stesen A, stesen B, dan stesen C. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berbeza.
  • Setiap kumpulan diberikan satu borang untuk dilengkapkan. Contoh borang seperti berikut:


    • Stesen A memerlukan murid-murid menyukat air menggunakan tempurung  kelapa yang disediakan. Beberapa gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil tersebut.



    • Stesen B pula memerlukan murid untuk menyukat air menggunakan cawan kertas yang disediakan. Berapa kali cawan kertas air yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil tersebut.


    • Stesen C memerlukan murid-murid menyukat air menggunakan botol air mineral yang disediakan. Berapa kali botol air mineral diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil dengan air.


    • Murid-murid berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain setelah membuat catatan bilangan setiap sukatan di setiap stesen.
    • Ketua setiap kumpulan yang dilantik membentangkan hasil yang diperolehi oleh mereka.
    • Guru memberikan jawapan sebenar.
    • Kumpulan berjaya mencatat banyak jawapan yang betul diberikan sedikit ganjaran.
    • Guru meminta murid membuat rumusan di mana setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk memberikan jawapan yang berbeza bagi setiap sukatan.

    No comments:

    Post a Comment