Pengajaran Menggunakan Ukuran Piawai
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.
Bahan Bantu Mengajar:
- Kad nombor
- Bikar
Langkah-Langkah Aktiviti:
- Guru menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk membaca bacaan yang terdapat pada bikar terutamanya bagi unit liter.
- Guru memperkenalkan simbol liter ( l ).
- Guru menunjukkan 5 buah bikar berisi cecair yang berbeza kapasitinya atau isipadunya. Contohnya:
- Guru meminta murid dipilih untuk membaca ukuran cecair pada bikar berkenaan.
- Murid dipilih tampil dan membaca bacaan pada bikar seterusnya melekatkan kad nombor pada bikar yang betul.
- Murid-murid mengulangi aktiviti tersebut sehingga kesemua 5 bikar dilabelkan dengan sukatan dan bacaan yang betul.
- Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini iaitu cara-cara untuk membaca sukatan cecair dengan menggunakan ukuran piawai yang melibatkan unit liter.
No comments:
Post a Comment