Sunday, November 28, 2010

PENGENALAN

          Pengukuran ialah satu proses yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita. Pengajaran dan pembelajaran tentang pengukuran boleh membantu murid-murid belajar operasi nombor kerana terdapat banyak konsep-konsep dan langkah-langkah matematik yang menjadi asas kepada kedua-dua konsep pengukuran dan nombor tersebut. Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai iaitu lebih atau kurang dan unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, tin-tin minuman, teko, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas. Guru juga boleh memperkenalkan konsep mengenai kapasiti kepada murid-murid dengan bertanya,´ Bekas manakah yang mengandungi lebih isinya?´ Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak mendapat konsep yang salah mengenai kapasiti. Perbandingan kapasiti boleh dibuat di antara dua bekas secara langsung untuk memudahkan murid-murid memahaminya. Semasa membuat perbandingan langsung, murid-murid diberi beberapa jenis bekas yang berlainan saiz yang digunakan untuk mengisi air. Murid-murid boleh mengisi air ke dalam satu bekas dan menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih air.

            Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat menjadikan pengajaran dan  pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan dan dapat memperkembangkan pemahaman konsep kapasiti dan isipadu cecair di dalam diri murid-murid. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan bahan sebenar akan lebih memahami apa yang dipelajari. Murid-murid juga akan dapat membina sendiri konsep kapasiti dan isipadu cecair dengan lebih berkesan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka. Penguasaan konsep isipadu cecair perlu dikuasai oleh murid-murid supaya pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan. Guru perlu membantu murid-murid supaya dapat menguasai konsep isipadu cecair dengan baik dan berkesan. Oleh itu penggunaan bahan atau alat bantu mengajar perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

            Dalam blog saya ini, saya telah menyediakan satu video tentang pembelajaran isipadu dan cecair sebagai simulasi yang boleh digunakan. Selain itu, saya juga telah mencadangkan peralatan dan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mengajar isipadu dan cecair mengikut kebolehan dan prestasi murid (lemah dan cerdas). Diharapkan guru dan murid-murid dapat menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Video Isipadu & Cecair


Melalui video yang ditayangkan, kita dapat melihat perbezaan bekas atau alat bantu megajar yang digunakan. Di sini, kita dapat melihat pebezaan saiz bikar yang digunakan tetapi mempunyai nilai isi padu cecair yang sama banyak telah di isi. Ianya di isi dengan air yang berbeza warna bagi membuat perbandingan. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa isipadu yang tinggi tidak menunjukkan nilai yang lebih banyak daripada bikar lain.

Pemilihan Bahan Isipadu dan Cecair

       Penggunaan bahan yang sesuai adalah amat penting dalam menerangkan konsep isipadu dan cecair kepada murid. Sebagaimana mata pelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati dan biasa digunakan oleh murid. Perkara ini membolehkan guru mudah untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.
      Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
      Dalam membuat pengukuran isipadu dan cecair, unit yang boleh digunakan ialah ukuran tidak piawai (Non Standard Unit) dan ukuran piawai (Standard Unit). Antara bahan bantu mengajar melibatkan ukuran tidak piawai seperti gelas, cawan, botol air mineral, baldi, jug dan mangkuk di mana tidak terdapat sebarang unit yang menunjukkan kapasiti air. 
Contohnya gambar tersebut adalah seperti berikut:

:
Walau bagaimanapun, tempurung kelapa juga boleh digunakan sebagai alat atau bahan untuk menyukat isipadu cecair. Selain itu, tempurung kelapa mudah didapati di mana sahaja dan ianya mejimatkan kos. Murid-murid dan guru juga mudah untuk mendapatkannya. Contoh gamabar tempurung kelapa adalah seperti berikut:


Manakala, ukuran melibatkan piawai (Standar Unit) pula adalah sepert bikar, silinder penyukat dan botol susu bayi. Kebiasaanya, ukuran piawai digunakan untuk menentukan nilai kapasiti atau isipadu air dalam bekas tersebut. Contoh gambar melibatkan ukuran piawai adalah seperti berikut:



             Berdasarkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan, saya telah memilih jug, baldi, botol mineral dan gelas sebagai bahan bantu mengajar untuk ukuran tidak piawai. Manakala untuk ukuran piawai, bikar dan silinder penyukat digunakan untuk mengenalpasti sukatan isipadu air dalam setiap aktiviti yang terlibat.

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Untuk Murid Lemah dan Sederhana

Pengajaran Menggunakan Ukuran Piawai

   Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
           a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.

  Bahan Bantu Mengajar:
  1. Kad nombor
  2. Bikar

Langkah-Langkah Aktiviti:
  • Guru menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk membaca bacaan yang terdapat pada bikar terutamanya bagi unit liter.
  • Guru memperkenalkan simbol liter ( l ).
  • Guru menunjukkan 5 buah bikar berisi cecair yang berbeza kapasitinya atau isipadunya. Contohnya:

  • Guru meminta murid dipilih untuk membaca ukuran cecair pada bikar berkenaan.
  • Murid dipilih tampil dan membaca bacaan pada bikar seterusnya melekatkan kad nombor pada bikar yang betul.
  • Murid-murid mengulangi aktiviti tersebut sehingga kesemua 5 bikar dilabelkan dengan sukatan dan bacaan yang betul.
  • Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini iaitu cara-cara untuk membaca sukatan cecair dengan menggunakan ukuran piawai yang melibatkan unit liter.

    Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Untuk Murid Cerdas

    Aktiviti Pengajaran Untuk Murid Cerdas

    i) Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Ukuran Tidak Piawai

       Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat
          a) Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak piawai

      Bahan Bantu Mengajar:

    1. Cawan kertas
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol air mineral
    4. Baldi kecil
    5. Air

      Langkah-Langkah Aktiviti:

    • Guru menerangkan kepada murid-murid untuk menggunakan ukuran tidak piawai dalam menentukan isipadu cecair.
    • Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan dan diagihkan kepada tiga stesen iaitu stesen A, stesen B, dan stesen C. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berbeza.
    • Setiap kumpulan diberikan satu borang untuk dilengkapkan. Contoh borang seperti berikut:


      • Stesen A memerlukan murid-murid menyukat air menggunakan tempurung  kelapa yang disediakan. Beberapa gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil tersebut.



      • Stesen B pula memerlukan murid untuk menyukat air menggunakan cawan kertas yang disediakan. Berapa kali cawan kertas air yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil tersebut.


      • Stesen C memerlukan murid-murid menyukat air menggunakan botol air mineral yang disediakan. Berapa kali botol air mineral diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil dengan air.


      • Murid-murid berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain setelah membuat catatan bilangan setiap sukatan di setiap stesen.
      • Ketua setiap kumpulan yang dilantik membentangkan hasil yang diperolehi oleh mereka.
      • Guru memberikan jawapan sebenar.
      • Kumpulan berjaya mencatat banyak jawapan yang betul diberikan sedikit ganjaran.
      • Guru meminta murid membuat rumusan di mana setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk memberikan jawapan yang berbeza bagi setiap sukatan.

      Rumusan

                  Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa aktiviti tentang topik Isipadu & Cecair yang disediakan di dalam blog ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru. Di sini, aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan pemilihan video sebagai contoh rakaman yang bergerak, pemilihan bahan bantu mengajar dan strategi yang sesuai digunakan mengikut kreativiti dan tahap kebolehan murid-murid.
                Dalam pengajaran bagi tajuk ini, guru perlu melibatkan murid-murid dengan aktiviti konkrit di mana mereka melakukannya untuk mendapatkan maklumat. Ini tidak akan tercapai jika guru hanya mengajar secara ‘chalk and talk’ sahaja kerana ianya tidak berkesan.
                Oleh yang demikian, semoga dengan cadangan video, bahan bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti yang telah ditunjukkan dapat membantu guru-guru untuk mengajar topik Isipadu & Cecair kepada murid-murid dengan kaedah yang lebih efisyen dan berkesan.

      Rujukan


      Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah(2003). 
                   Mathematics KBSR Year 2 Textbook Part 2.Hypersurf 
                   corporation Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

      Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah binti Haji Tengah(2003). 
                  Mathematics KBSR Year 2 Activity Book Part 2. Hypersurf 
                  corporation Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

      Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat (2007). HBMT2103 
                 Teaching Mathematics in Year Two. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
                 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

      Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran 
                Matematik Tahun 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.

      Pusat Perkembangan Kurikulum.(2004). CD 5,6&7 Teaching 
                Courseware Mathematics Year 2. Kementerian Pelajaran 
                Malaysia.


      http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag&playnext=1&list=
                PLCBB616EFD1232CF7&index=