Sunday, November 28, 2010

Pemilihan Bahan Isipadu dan Cecair

       Penggunaan bahan yang sesuai adalah amat penting dalam menerangkan konsep isipadu dan cecair kepada murid. Sebagaimana mata pelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati dan biasa digunakan oleh murid. Perkara ini membolehkan guru mudah untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.
      Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
      Dalam membuat pengukuran isipadu dan cecair, unit yang boleh digunakan ialah ukuran tidak piawai (Non Standard Unit) dan ukuran piawai (Standard Unit). Antara bahan bantu mengajar melibatkan ukuran tidak piawai seperti gelas, cawan, botol air mineral, baldi, jug dan mangkuk di mana tidak terdapat sebarang unit yang menunjukkan kapasiti air. 
Contohnya gambar tersebut adalah seperti berikut:

:
Walau bagaimanapun, tempurung kelapa juga boleh digunakan sebagai alat atau bahan untuk menyukat isipadu cecair. Selain itu, tempurung kelapa mudah didapati di mana sahaja dan ianya mejimatkan kos. Murid-murid dan guru juga mudah untuk mendapatkannya. Contoh gamabar tempurung kelapa adalah seperti berikut:


Manakala, ukuran melibatkan piawai (Standar Unit) pula adalah sepert bikar, silinder penyukat dan botol susu bayi. Kebiasaanya, ukuran piawai digunakan untuk menentukan nilai kapasiti atau isipadu air dalam bekas tersebut. Contoh gambar melibatkan ukuran piawai adalah seperti berikut:



             Berdasarkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan, saya telah memilih jug, baldi, botol mineral dan gelas sebagai bahan bantu mengajar untuk ukuran tidak piawai. Manakala untuk ukuran piawai, bikar dan silinder penyukat digunakan untuk mengenalpasti sukatan isipadu air dalam setiap aktiviti yang terlibat.

No comments:

Post a Comment