Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan dan dapat memperkembangkan pemahaman konsep kapasiti dan isipadu cecair di dalam diri murid-murid. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan bahan sebenar akan lebih memahami apa yang dipelajari. Murid-murid juga akan dapat membina sendiri konsep kapasiti dan isipadu cecair dengan lebih berkesan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka. Penguasaan konsep isipadu cecair perlu dikuasai oleh murid-murid supaya pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan. Guru perlu membantu murid-murid supaya dapat menguasai konsep isipadu cecair dengan baik dan berkesan. Oleh itu penggunaan bahan atau alat bantu mengajar perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Dalam blog saya ini, saya telah menyediakan satu video tentang pembelajaran isipadu dan cecair sebagai simulasi yang boleh digunakan. Selain itu, saya juga telah mencadangkan peralatan dan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mengajar isipadu dan cecair mengikut kebolehan dan prestasi murid (lemah dan cerdas). Diharapkan guru dan murid-murid dapat menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.